Saturday, July 6, 2013

PerSaHAbAtaN KiTa HinGGa Ke SYURGA...

Kawan, 
Tahukah kamu berapa lama masa kita lewati bersama??
Aku tak ingin tahu.
Kerna kamu selamanya bagiku..
Bersamamu,

Tangisku kan terurai menjadi tawa
Dukaku kan terpecah menjadi bahagia
Dan airmata yang terlanjur jatuh...
Takan berubah menjadi nestapa
Denganmu, kepenatanku tergilas sirna



                                              FRIEND UNTIL JANNAH... IN SYA ALLAH...!!

Terkadang disatu waktu
Prasangka pernah menjauhkanmu dariku
Tapi sungguh kawan,
Amarah takkan bisa bertahan lama dikalbuku
Kusadari aku terikat jauh kedalam hatimu.

Ingatkah kawan,
Kita pernah duduk bersama,
Melukis langit dengan impian
Tentang aku, kamu dan kehidupan......

Friday, July 5, 2013

ErTi PeRsaHABaTaN...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.





Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

Thursday, July 4, 2013

DaRi JaUh..!!!

Assalamualaikum dan Salam bicara..

Agak baru bagi aku tuk melakarkan berita didalam dunia alam maya ini...
mungkin telah lama usang hingga sendiri tidak tahu membicarakan tentang apa yang harus di persoalkan.

Dan yang pasti, aku semakin kekok didalam menulis, semakin terasa kehilangan seolah 
tiada lagi yang diperkatakan.

Kita punya pilihan..... memilih di setiap persimpangan yang ada.. mana satu jalan yang dituju... 
kelak pasti ada akan jaraknya.

bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukan kebodohan diri sendiri....
kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tetapi membiarkan sesuatu menjadi reda dan tenang. setenang air dikali, kerana jiwaku bergelora kini...



                                                          kenangan raya aidilfitri...



10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT...


1. KUNCI ILMU ADALAH BERTANYA DAN MENDENGAR

2. KUNCI KEMENANGAN ADALAH SABAR


3. KUNCI TAMBAHNYA NIKMAT IALAH PERASAAN SYUKUR

4. KUNCI KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH TAQWA

5. KUNCI UNTUK TERMAKBULNYA PERMINTAAN ADALAH DOA

6. KUNCI MAKSIAT ADALAH KESOMBONGAN

7. KUNCI SOLAT ADALAH TAHARAH

8. KUNCI IBADAH HAJI ADALAH IHRAM

9. KUNCI KEBAIKAN ADALAH BERPEGANG KEPADA YANG BENAR

10. KUNCI SYURGA ADALAH TAUHID